MayHar
AKU, DIA DAN 2013
Tuesday 1 January 2013 @ 04:14 | 0 Comment [s]


Semua warga Twitterian sedang sibuk mengewish dengan menggunakan hashtag #HappyNewYear kepada follower follower mereka. Tidak ketinggalan juga seorang manusia yg bajet dirinya tweetfamous iaitu @mysrahrs . Walaupun kenyataannya tak pun sebenarnya. *hang tak percaya hang bodoh* . Pabila saatnya hampir tiba, semua rakyat Malaysia mulalah countdown. 



10


9


8


7


6


5


4


3


2




Ni dekat Malaysia tau. Eifel Tower tu sebenarnya replika kat Nilai 3 je. Jangan tertipu.


 Boom bedeboom bushh bedebang prangggg boom boom! Anjing dan kucing berlari lari seperti tiada esok bagi mereka. Mat rempit motor kapcai turut serta meraikannya dengan cuba membunuh diri mereka sendiri. Warga twitter pula wish disana dan disini. 



OKAY DAH DAH!



Penat aku yeye susun ayat macam kat dalam karangan SPM. Korang bukan nak bagi A ke cekelat ke apa ke kan. Lantak kau. Dorang semua dok countdown, dok wish sana wish sini. Aku ni pulak yang tinggal di pelusuk dunia dengan demamnya sibuk menjahit lencana sekolah. Just ignore the world babeh! Aku macam peduli je new year ni. Padahal.......................................
  Tahun baru AZAM BARU.  Semua beriya iya nak azam baru lah apalah. Padahal tahun tahun lepas punya belum tentu tercapai dek akal korang. Confirm punya ah. Jangan nak membongak dengan aku lah. Sebab aku pun sama je. Dekat laman sooooosial tu, semua bebajet ada azam 2013. Ni yang aku jumpa. 


 PERHATIAN! Ini bukan acc twitter saya. Sekian.



Ada satu tu aku jumpa "Ingin mencari cinta sejati" Apa jadahnya weh? Azam tu tak boleh gebang lagi ke? tak boleh gempak lagi? Layak lempar batu loncatan seberat 15.5 kg je dekat orang tu. Tapi jangan sampai mati pulak. Biar nampak tak kejam sangat aku ni kan. Kalau aku pulak, azam aku nak study hard for SPM je. Simple pimple single mingle je. Tapi aku rasa setiap tahun aku study keras keras punya kan. Rasanya lah. Nak nak pulak exam haritu AddMath aku first time failed. Nampak tak betapa aku belajar bersungguh sungguh hingga ke titisan darah yang terakhir. Walaubagaimanapun jua, 2013 ni aku SPM lah. Haishhh. Biar lah. Sama je macam PMR. *masih tak sedar lagi* . Yang penting kita enjoy!






Kenapa orang Islam lebih memilih untuk menyambut Tahun Baru daripada Maal Hijrah? Renungkan.



FUN.
Monday 31 December 2012 @ 00:55 | 0 Comment [s]


Kalau korang ingat ataupun peminat setia blog aku sejak blog ni dilahirkan ke dunia yang fana lagi kejam ni, aku pernah TER-post entry pasal JUSTIN BIEBEBEBEBEBER. So, kali ni tak tahu pahal maybe tangan aku ni dah ada jangkitan kuman agaknya dan dengan cara menaip bajet bajet laju ni je boleh menyembuhkan penyakit misteri jalan lama aku ni. 


Ada satu lagu yang berjudul Some Nights dan apabila ditranslate pada Incek Google secara tidak sengajanya ia menjadi Beberapa Malam. Haaaa kau. Apa jadahnya aku tetibe nak cerita pasal lagu ni. Tanpa berdolak dalih lagi *mentang mentang nak SPM* aku nak memperkenalkan sebuah kumpulan yang berasal dari negara yang selalu membawa malang kepada Malaysia *hentam jelah* iatu Amerika Syarikat Bekalan Air Negeri Sembilan.




FUN.

Yaaah. Tu lah nama kumpulan tu. Apalah yang fun sangat yang seronok sangat tu kan? Aku pun tak tahu apa yang fun nya. Kalau kau nak tahu jugak, kau punya pasal lah. Cari lah sendiri. Jangan nak beratkan bontot tu sangat. Pemalas betul. Jangan sampai aku kena heret bontot kau pakai bulldozer. FUN. ni ialah sebenarnya kumpulan indie band macam kat Malaysia ni ada Bunckface, The Hollows. Berasal dari New York City, USA. Kumpulan FUN. ni diberanakkan oleh Nate Ruess tahun bila entah. Tak amik tahu pun orang nak beranakkan kumpulan ni bila. Orang nak beranak orang baru aku amik tahu. FUN. ni ada tiga orang manusia *dah ada orang, manusia pulak tu*.



Nate Ruess

    
Yang pakai baju merah berjaket jeans pegang botol apa entah kat atas ni ialah NATE RUESS . Vocalist band ni. Takde lah handsome mana pun. Tapi suara dia perghhh. Awesome tahap orang sakit mental Tanjung Rambuatan sampai laki sebelah mak angkat aku punya jiran lama dia pun rasa nak menangis dengar. Meleleh tahi telinga dengar. Kalau korang tengok mulut dia masa dia tengah terpekik tu, elastic macam gelang getah warna oren dah aku tengok. Tak caya tengok sendiri. Takkan nak aku buatkan pulak. Kang tak bangun sampai Krimas tahun depan pulak. Disebabkan mamat omputih ni lah aku minat gila band ni. 



Jack Antonoff


Orang kat atas ni yang bebajet handsome konon konon buat bibir macam tu ingat seksi lah ni nama dia JACK ANTONOFF . Mamat ni sumpah benci tengok rambut dia. Dah macam rambut ayam kalah judi poker je. Aku rasa dia guitarist or bass kot. Sebab tak pernah pulak aku nampak dia main caklempong ke recorder ke apa kan. Tambahan pula, beliau ialah penyanyi utama dalam sebuah kumpulan bernama Steel Train . Haaa kau. Ni lah hasil pembelajaran aku dengan chegu BM aku tu. Dia ni adik fashion designer, Rachel Antonoff. Kesah pulak kau kan dia ni adik designer ke apa ke. Bukannya kenal pun tujuh keturunan Antonoff ni. 



Andrew Dost


Andrew Dost atau nama penuhnya Andrew Paul Dost. Dia ni katanya talented. KATANYAAA. Ala ala Double A. Dia boleh main macam macam instrument muzik. Multi-instrumentalist. Apa jadahnya tu? Nama macam saintifik je lebih. Alaaa orang lain pun boleh. Walaupun aku ni tahu main keyboard je *perasan*. Dia pandai main keyboard macam aku jugak lah kan, main drum, gitar, trumpet dan yang paling istimewa iaitu kompang. Okay lawak hambar. Dia ni pun vokalist jugak. tapi bukan yang utamalah. Andrew ni umur dia 27 tahun. Hebat tak aku tahu umur dia berapa. Kitaorang ni adik beradik angkat. Sweeeeet you know. Unlucky, dia dah berkahwin. Takde lah malang mana pun. Dia takde lah kacak lagi bergaya sangat. Setakat muka kena simbah bedak baby johnson satu botol je.



Band ni start popular meletup letup macam kat music video Firework tu since lagu We Are Young . Bagi aku best lah jugak. Terpekik terlolong jugak lah aku nyanyi lagu tu. Tapi sekarang aku malas dan taknak dengar lagu tu lagi atas sebab tertentu. Cewahh. Bulan June haritu, dorang released lagu baru. Some Nights . Lagu ni........................ memang jiwa aku. Aku rasalah. Aku boleh jadi gila bila dengar lagu ni. Lagu ni antara lagu yang aku hafal lirik dia. Lagu omputih semua ni manalah aku nak hafal sangat lirik dia. Main hentam kromo je. Sampai jadi bahasa alien planet Pluto. Aku siap jadikan Some Nights ni alarm nak kejutkan aku daripada terus membuta. Bangun je terus nyanyi lagu ni. Tak pun sambung tidur sambil mengigau nyanyi fefeeling habis punya kan. See, betapa minat suka chenta gilanya aku kat lagu omputih ni. yang belum dengar lagu tu, anda disarankan untuk mendengarnya. Sekiranya anda tidak mendengarnya dalam masa 10 minit, hidup anda akan dilanda musibah. Sebarkan. Ala ala broadcast gituu. 
















" At first I look at Nate’s gorge wink,
then Andrew’s goofiness,
then Jack’s (possible) “fuck you man.”
So perf. "




Nak letak video Some Nights sebenarnya. Tapi heavy sangat pulak. Nanti ada budak tu tak dapat bukak. Sila terasa.



COMPARE LAH LAGI
Tuesday 25 December 2012 @ 22:53 | 0 Comment [s]


 Bandingkan aku dengan orang lain. Aku BENCIAku benci orang bandingkan aku dengan orang. Kenapa? Kenapa mesti bandingkan diri kita dengan orang lain? Dah terang terang lagi bersuluh itu bukan diri kita. 


Semua orang ada sifat masing masing. Tak kiralah dia baik ke jahat ke apa, aku rasa perbandingan tak perlu wujud pun. Lantaklah orang tu macam mana sekali pun, kalau itu bukan kita itu tetap bukan kita.  


Semua orang ada perbezaan. Semua orang lain. Walaupun ada sikit persamaan, pasti ada kelainan. Mungkin si A ni rajin. Si B ni pulak pemalas. Tak perlu nak bandingkan sangat. Dua dua ada kelebihan dengan kelemahan sendiri. Aku menyampah lah. Best sangat ke nak banding bandingkan? Apa faedahnya? OHHHH. Maybe konon nak naik kan semangat lah tu. Itu kalau semangat tu ada. Kalau takde? Benda macam ni lah kalau diri kita ni selalu sangat dibandingkan, mood semangat apa bagai semua hancur


So, fikirlah. Jangan suka nak banding bandingkan.



Kalau tak tahu apa apa, better diam je mulut tu.



GEMBIRA BERTUKAR TRAGEDI
Sunday 23 December 2012 @ 07:27 | 0 Comment [s]


Disebabkan sejak start cuti sekolah berapa hari bulan entah haritu, family aku memang tak pergi bercuti mana-mana langsung, so kitaorang sampai macam nak gila fikir tempat mana nak pergi last last minute ni. Mana taknya. Cuti 2 bulan dah bagi tapi tak pergi mana mana. Dahlah lagi seminggu nak start sekolah. Aku pulak baru nak terkinja kinja macam monyet bawak anak panjat tiang elektrik. Takpe lah. At least dapat jugak.


Kakak ipar aku atau nama gojessnya si penjual cheese ajak pergi Gold Cost, Australia. Haaa. Percaya jelah kau. Morib jeeeeee. Tapi yg bestnya aku ingat Goldcoast ni sama dengan Golden Palm Tree kat Bagan Lalang sana. Yang aku ni terlebih bijak, dah nama pun Bagan Lalang memang lah bukan Morib ye dok? Tapi Bagan Lalang dengan Morib tu bukannya jauh beza pun nak sebut. Guna mulut jugak. Goldcoast tu bukannya pergi resort dia. Just pergi water theme park je. Alahai. Memang tak lah aku nak pergi dok menyelam dalam kolam tu kan. Malas tahap dewa cinta pujangga kayangan. Taknak aku bergelumang dalam tempat yang kononnya mandi je padahal situ lah tempat membuang hajat daripada kecik sampai lah besar. Gelimatttt gelimamamattt gelimattt~~ 



 Before the journey started 

Aku dengan madam besar dalam rumah aku tu tengah sibuk tepek muka dengan bedak busy kemain, adik aku yang gigi emas tu dia sibuk dengan Facebook. Rasa nak terajang je dia tu. Baju pun orang lain yang kena cari. Layak sembelih kerat 14 pastu masak sweet sour. Tiba tiba adikku berkata dengan suara serak serak basah *rock gitu*:



Weh! Angah accident lah. 


Haa! Yeke? Kat mana?


Yelah. Takkan aku tipu. Entah. Ni dia post kat Facebook. Dia cakap "Ingatkan nak pergi Genting Highlands, last last accident."


*pergi kat laptop nak tengok gambar* Ohh. Takde lah teruk sangat.



Aku ingatkan teruk. Tapi dah nama pun accident, terkejut beruk tu mesti ada. Dalam hati aku, "Pergi Genting taknak bawak aku lagi. Kan dah accident." Masa tu mak takde kat situ lagi. Kalau ada, kecoh macam apa pulak kang. Lepas aku dah siap, aku pun pergi lah bagitau mak aku. Tak baik simpan rahsia dengan mak. Puihhh. Mak aku terkejut lah jugak. Terus mak aku call mangsa accident tu. Tapi dia okay je. Dia kata tengah buat report kat balai bomba. Haaaa. Percayalah kagi kau. Balai polis dah lah. Dan part yang paling best tu, dia tak jadi pergi Genting. hahahehehuhuhohohikhikhik. Gelak aku dah menunjukkan bukti yang kukuh yang aku ni jealous sebenarnya.



 On my way to the destination 

Melihat keindahan alam ciptaan Allah walaupun masa tu takde view yang cantik tertarik menarik kau daboom. Ada parit tepi jalan jadilah aku tengok buat buat bajet macam dalam music video. Tetiba radio pasang lagu peberet I Cry yang didendangkan oleh Encik Flo a/l Rida. Dandan tu kuat volume. Tengah duk sibuk fefeling lagu tu, tetibe ada kereta Iswara warna kelabu boleh nak terlanggar kereta abang aku yang kat depan kereta aku masa tu. Ni part climax, kereta tu bukan nak elak. Lagi dia terus. Aku rasa lagi setengah inci je tu nak langgar kereta aku. Tapi Allah dah selamatkan family aku. Mak aku sempat brake and elak kereta Iswara buruk tu. Nasib baik tak terlanggar tiang lampu tempat mak aku elak tu. 


Lepas dak brake tu, stop sekejap then aku terus tengok side mirror nak kereta belakang. Kereta buruk tu terus jalan straight je. Luckily, kereta belakang aku pun sempat brake. Kalau tak, aku pun tak tahu jadi apa. Masa nak terlanggar tu, aku takde ar terpekik terlolong ke. Tapi dah lepas tu, aku boleh ketawa and jantung aku baru nak dupdapdupdap macam lari merentas desa. Tapi yang bengongnya masa kereta tu nak langgar, aku boleh cakap dalam hati, "Eh eh! Kemek lah kereta ni kang." Sakai kan. Then, sambung balik perjalanan. Mak aku masa stop tu, terjerit jerit. Dah jalan balik tu, mula mula istighfar pastu boleh mencarut pulak. Nampak tak betapa terbaiknya mak aku ni. Aku pun cakaplah kat mak aku yang positive sikit. Cehh. Mungkin kereta tadi tu brake rosak agaknya. Dan aku terfikir, nasib baik pakai seat belt. Padahal berapa minit sebelum accident tu je baru aku pakai benda alah tu. ALHAMDULILLAH. Allah dah gerakkan hati aku untuk pakai benda tu. Kalau tak, memang dah melekat kat cermin. Dah lah duduk seat depan. Tapi, takde lah aku merasa macam mana accident tu setakat ni. 





 Is about to mandi 

Tengok dia punya theme park dia, takde lah best mana pun. Ada lah gelongsor tak berapa nak tinggi dua tiga ketul. Tak jealous langsung aku tengok orang lain mandi. Tapi aku bengang gila, aku yang tak masuk dalam kolam tu pun boleh basah. Orang main curah curak air pulak. Sekali aku jirus air panas macam cerita Ali Baba tu kang baru tahu. Kerja aku cuma melantak Twities dengan Chipters je. 



Tak best kan?



Anak buahku, abangku, kakak iparku.



Comelkan budak ni? Ciptaan Allah. EHH


Abang Apiz dan Kak Siti


Dhia Marissa bt Mohd Faizal


Menyusu tepi kolam pun boleh.




 FOOD, Here I come! 


konon lapar lah lepas mandi. So, pergi lah cari ikan bakar yang dekat dekat. tapi takde pulak. Ingat nak pergi makan ikan bakar kat Umbai, Melaka. Jauh sangat katanya. Alasan lebih. Last last dekat Dataran Morib je. Sampai sana cari tempat duduk yang bawah payung. Nak elak hujan lah konon. Tengah sedap sedap makan walaupun tak sedap langsung sebenarnya, tetiba hujan. Hujan renyai renyai je. Nasib dah habis makan. Tengah dok sibuk bayar kat kaunter, haaaa. Amik kau! Hujan yang turun bagaikan mutiara. Satu mutiara pun aku tak nampak. Dah macam ada raksasa curah air dalam baldi kat kitaorang je. Even bawah payung, hujan still kena jugak kat makanan. Tempias. Makin lama makin lebat. Bukannya nak lari masuk kereta. Parking jauh sangat dari kedai makannya. Semua orang dok lari masuk dalam dapur kedai. Masing masing lari terkedek kedek bawak makanan dengan air dorang tu. Aku punya baju basah kuyup gila. Melekat lekat kat badan. Menggigil ketak gigi semua naa. Macam duduk kat Kutub Utara dah. Ada pulak payung payung terbang tempat lain. 




 Let it burn, babeh!


Jakun sebenarnya.


Dah sampai rumah pun tak reti nak tanggal benda alah ni. Padahal tak mandi pun.




Takpe lah. Actually, ni semua dugaan. Allah nak try kita ni boleh tak hadapi benda benda ni  semua. And dapat jugak experience baru macam accident tu. Kalau tak, tak pernah merasa macam mananya jantung ni nak tercabut bila nak accident tu. 




Pakailah tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan atau nyawa anda dalam bahaya.



I'M BACK BABEH !
Friday 21 December 2012 @ 07:05 | 0 Comment [s]


 Bagai bulan jatuh ke riba. Bagai mimpi ngeri menjadi nyata. Bagai ombak Laut China Selatan merindui diriku. Bagai........... Bagaimanapun jua~~~ OHMAIGUCCI OHMAIGOODNESS OHMAIGAMBARLAMA OHMYGOD. Ya Allah, Alhamdulillah. Kau telah memakbulkan doaku utk rajin mengupdate blog. FINALLY wehh. Sebenarnya, tengah shock lagi ni. Macam tak percaya je boleh update blog ni lagi. Ni semua insiden blog kena rasuk tu lah. Menyirap gila aku tengok semua gambar dalam belog dah hilang. Dengan gambar budak paling comel kat sebelah ni pun hilang jugak. Okay. Actually, agak kuajaq aku ni. Aku tak bagi salam dari tadi. ASTAGHFIRRULLAH ALAZIM. okayokay. ASSALAMUALAIKUM semuaaaa~ Adakah anda semua masih merindui diriku ini? setelah sekian lama tak menyemarakkan suasana dihari raya dalam blog aku yg tak cantik ni, *sumpah tak cantik* terkorek korek idea lah jugak nak mencipta ayat. Dan ayat aku ni pun tak menarik hati kecik korang tu. Korang punya pasal lah. takde effect sakit jantung ke kaki berkudis ke sawan ke kat aku.


Harini, 211212. cantik je number. Macam nak belajar tadika balik je sebab gagap tak reti mengira. yelah. satu dua satu dua je yg dia tahu. tiga tak sampai-2 lagi. Aku pun terpinga pinga macam orang takde tujuan hidup. macam orang hidup utk makan. maksud aku gemuk lahh. Duduk rumah, membesarkan bontot. asyik atas talian *online* Twitter, makan, tidur, bergaduh, pagi-2 dengar orang sebelah memekak renovate rumah. Rasa nak lempar iPad je kat dorang. Bukan apa. Suruh dorang main iPad tu lagi bagus drpd dorang membuat bunyi bunyian yg akan memecah kepala hotak aku sekeping-2. LIFELESS GILA HIDUP AKU NI


Tadi. ye tadi. yaaa just now lah kan. aku buat apa entah orang kata tu BlogWalking kat blog AMIRUL AIZAT ABDULLAH. heheheeheheee. Aku pun pelik blogwalking ni apa. blog tu berjalan ke? EHH pandai pulak dia berjalan kan. Baca blog dia post pasal McFlurry, bulu kaki, tora tu. Update dah lama kan. aku baru nak baca. bapak kuno aku ni. orang lain dah tawar menawar beli baju kat London, aku baru nak iron tudung nak pergi beli ticket flight. Baca pasal MekPeleri tu, PERGHHH! terliur terus. Lama gila tak melantak benda tu. Kebetulan mak aku sekarang dari Puchong nak balik rumah, *kesah pulak kau kan* terus aku lari terkedek kedek macam kucing betina tengah bunting turun tangga siap jatuh lagi, pergi amik phone terus call mak suruh belikan McFlurry. 


Hello, mak. 

Haaaa. Hello. Mak baru on the way nak balik ni. 

OHHHH.

Kenapa?

Haaa, Mak. haaaaaa, boleh tak. haaaaa hehe. boleh takkkk........

Kau nak apa ni?! Mak tengah drive lah. Call nantilah.

Alaaaaa! Hishh. Bagilah kat Fakhri. Biar orang cakap kat dia jelah.

Hishhh. Nah Fakhri.

HUHH. tak payah lah. tah pape tah. 


Dengan on the phone hanya beberapa saat, PAP! SPOIL TERUS MOOD AKU. Aku punyalah mengada ngada cakap gedik konon nak suruh belikan McFlurry aku tu, terus tak jadi. Terasa nak keluarkan cecair lutsinar yg dari organ mata yg dipanggil air mata tu je. Sakit hati betul. Aku pun pelik. Padahal mak aku cakap macam tu je. Tension agaknya aku ni. 

Sebenarnya, aku nak masukkan gambar ni. Bukan gambar apa pun. Tengok jelah. Aku pun tak tahu motif yg sebenar benarnya aku masukkan gambar ni. 



Pagi tadi aku anak buah aku buat main gambar. Sekali aku tengok, gambar ni rupanya. yg aku bulatkan merah tu, hanya WA je yg boleh jawap tu siapa. HAKHAKHAK. dan yg paling tepi sekali tu yg sebok main phone mesej bini agaknya, actually bapak aku. handsome kan? kbye.


 
Haritu main kamera. Disebabkan aku ni memang tak cantik pun utk diphotoshoot, so tak tahu nak tangkap gambar apa. Tengok atas katil, ada buku nota KHB Form2 aku. simpan lagi tau. pastu nama satu spot yg menarik utk ditangkap. Ni lah spot nya. Cantikkan gambar ni. Kbye.


Petang tadi busy kemas buku Form 4. then, terjumpa benda ni. Tetibe teringat zaman meronggeng aku dgn classmate. suka buat muka tak malu duduk bersila dekat belakang pintu.  Aku yg lukis ni. Cantikkan? Dahbye.



Aku pun tak tahu motif utama aku masukkan gambar ni. Yg budak gila, bajet gedik gedik, muka sama comel dgn aku tu, anak buah aku senanya. Yg pakai spec mata, berjanggut ala ala Imam Muda musim ke 3 tu, abang aku. Saja je nak bagitau.


ERRRRRRRR....... Anak buah aku tu ngada ngada kononnya main lawan-2 perang dunia ke berapa tah. Muka aku tu, abaikan je.




Sungguh tak bermotif entry ni. Apa apa pun, nah follow budak ni. https://twitter.com/MysraHrs . kbye. 




NUR ADIBAH ARIS
Thursday 8 November 2012 @ 07:47 | 0 Comment [s]


 Assalamualaikum. Maghrib. Khamis. yeayy. malam jumaat. omnomnomnomnomnom. ahlakahlakahlakahlakahlakahlak. Suuudah cukup cukup sudahhhh #np Sudah cukup sudah sambil terpacak depan tv tonton episod last Julia. Today, 8 November. there's nothing special happened to me. NOTHING. sebelum aku melalut lebih jauh dibawa kapal layar 39 tan, baik aku cerita pasal post title entry aku ni.
Cer faham kan sikit apa ke benda lah title tu. nama biskut ke nama beg sukan ke nama tayar basikal ke. Ini lah nama seorang manusia yg dilahirkan oleh seorang mama pada 16 tahun yg lepas. bijak tak bijak Bahasa Melayu aku. Dengan menggunakan hashtag Pencicit *bisik kan telinga "Twitter Twitter"* iaitu #FirstTimeIMet ni, aku pun tak tahu bila kau jumpa. tengok-2 dah ada depan mata. kenal-2 camtu je kot. tapi tak berkawan pun. start berkawan tahun ni. Tak tahu pasal apa. Maybe sebab dia kawan Intan. Rasanya lah.

Dia shantekkkkkk wo. cun melecun. memang patut pun ada orang suka. nyenyenyenyenye. tak caya cer bukak sikit mata kau besar-2 pastu pakai kanta bagi tengok sikit gambar dia ni.



Lawa kan?! Dah. tutup pasal lawa tu. bukak story baru. Dia ni baik, manja, baik hati, periang, friendly, baik hati.... sweet, baik hati.... Tak tahu nak puji apa dah. Dia selalu bersuit suit sangat dengan aku di Twitter. yg penting, sweet mesti tak nak kalah. Di dunia sebenar lagi nyata pun serupa di Twitter juga. TAAAAAAAAPII. Haaaaa, dah ada tapi tu. Adibah ni kalau dia bad mood.... Maigoshh. Tuhan jelah tahu. Aku pun cuak gila nak tegur dia. Al-maklumlah, aku ni kalau kena tengking kang menangis macam tadi. EHH.

Okay dah dah. Jangan menjelar sangat. Kang kerana mulut badan binasa *penangan interview tadi.

Kepada MayangAdika


Aku harap sangat friendship kita kekal hingga ke hayat kita berdua. Jangan ada salah faham antara kita. Aku minta maaf kalau ada buat hati kau sakit walau apapun sebabnya. Aku dah seronok kawan dengan kau. Please keep our friendship till the end.





aku tahu korang semua jealous tengok kesweetan kitaorang kan. Kau rasa muka aku ni muka kesah  eh? jika anda nak bersweet sweet dengan saya. Add my BBpin D17ND89 hewhewhewhew



Farewell Party Ke?
Wednesday 31 October 2012 @ 08:43 | 0 Comment [s]


 Assalamualaikum kepada muslimin dan muslimat serta selamat sejahtera kepada non-muslim. Pada hari ini... CHOI ! bukan main lagi yg hang. Saya bosan. Bosan sangat. Bosan suka saya. saya pun suka bosan. lalu berputik cinta di antara kami. NOMNOMNOMNOM. Hari ni *lari pergi tengok kalendar, 31 Oktober 2012. Hari tu 29 Oktober, sehari selepas birthday aku #KESAH. Malam tu ada event gempak gila nak mati. sebenarnya takde lah nak mati pun. bagi aku, best tu memey ar best tapi....... TUTTT TUTT TUTT TUTT *lost connection. Sebelum aku buat gila dalam entry ni, baik aku bagi intro pasal event ni. dah mcm twitter nak ber'mind intro' bagai.

Name of event : Farewell Party Ke?
Under : PRS SMKKKLIA
Pemantau : Nur Adibah binti Aris
AJK : Semua ahli PRS form 4
Guru penasihat : En. Khirul and Pn. Chua
untuk meraikan : PRS and UBK Form 5

Dah tak tahu dah tulis information apa. Cer tengok nama event tu. pelik plus unik. #FarewellPartyKe . HAHAHAHA. kalau baca betul-2 nama tu ikut intonasi mmg nak kena sekeh je. nak-2 masa baca tu buat muka dakpes. like me :3 before party tu, semua ahli ada meeting semua tu lah kan. tapi ada some people *bagi aku lah, ada yg tak buat. nak-2 budak busuk tu. Mula-2 preparation macam okay, problem pun macam tak nak menonjolkan diri. malu agaknya. tapi bila malam tu....

RUSHING GILA macam taufan Sandy kat Laut China Selatan tu je. #EHH. Janji pukul 7.30 semua dah kena ada. aku pun dgn excited sambil menari nari di malam yg indah tu pun datang lah seperti yg dijanjikan. sampai sekolah je, dah macam rumah hantu. takde orang langsung, gelap gelita. Just ada pak guard. takkan lah aku nak meroyan dekat pak guard tu kan. Nasib nampak Rahman tapi nampak je. tak pergi kat dia pun. aku pun kelam kabut call Dayang nasib baik dia tgh on the way. lega SIKIT. lambat punya lambat punya lambat, masuk dewan dah pukul 8 lebih. PRS form 5 dah dtg pulak tu. Dah masuk dewan tu, dan bermulalah taufan Sandy. penat gila woi. tangga sekolah banyak gila tak bukak. sakai habis. berpusing pusing satu sekolah. dan malam tu jugak, aku pun tak tahu asal aku boleh jadi orang yg ckp lepas. alahh ckp lepas kat dia je. kalau dia dengar lagi bagus. mana tak nya. memekak satu sekolah, dgn tak buat kerja. orang rushing dia boleh nyanyi dgn suara bangang dia tu. berdarah weh hati ni. Last-2 start event tu pukul 9 lebih. takpe lah. and Alhamdulillah, lepas start tu takde masalah yg datang terhegeh hegeh kat kitaorang semua. 


Set up for photoshooting

Setting of the Farewell Party Ke?


Mula lah kelam kabut. Time tu jugak baru tied.

PRS and UBK Form 5

Le MCs

aku tgh text dgn.... @elfarahkyu  Queen of Typo aka musuh aku

Ze photographer

Lucky Draw. Aspa ckp drawing block





Queen of the night. Kak Mayy

King of the night. Saleh Loke


the best duckface ever seen

Le crazy boys

Le sopan girls >.< HAHA

The crews of PRS 

I have to admit that event ni memey awesome. yg tak pernah kawan boleh jadi kawan. yg tak pernah tegur boleh bertegur finally. event ni mmg eratkan relationship kita semua. to Adibah, YOU DID A GREAT JOB! thanks sebab teman aku masa balik tu. yg lain-2 tu, tak sangka boleh berkawan dgn korang semua. best sangat dapat kawan dgn korang semua. aku harap sangat ada event mcm ni lagi yg boleh buat kita semua together gather and forever. MUAHH *err sakai



    


Back In Time
MakeYouSmile


Siti Maisara Haris. 96's. KLIAian. SPM'13.

Facebook Twitter

Navigations

DiaryOfLife AboutMe Stuffs Link

TrafficLight


ask.fm

CreditSection

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : AskarPink
Full Edited : Maisara Haris

Best View at GOOGLE CHROME!