MayHar
FUN.
Monday, 31 December 2012 @ 00:55 | 0 Comment [s]


Kalau korang ingat ataupun peminat setia blog aku sejak blog ni dilahirkan ke dunia yang fana lagi kejam ni, aku pernah TER-post entry pasal JUSTIN BIEBEBEBEBEBER. So, kali ni tak tahu pahal maybe tangan aku ni dah ada jangkitan kuman agaknya dan dengan cara menaip bajet bajet laju ni je boleh menyembuhkan penyakit misteri jalan lama aku ni. 


Ada satu lagu yang berjudul Some Nights dan apabila ditranslate pada Incek Google secara tidak sengajanya ia menjadi Beberapa Malam. Haaaa kau. Apa jadahnya aku tetibe nak cerita pasal lagu ni. Tanpa berdolak dalih lagi *mentang mentang nak SPM* aku nak memperkenalkan sebuah kumpulan yang berasal dari negara yang selalu membawa malang kepada Malaysia *hentam jelah* iatu Amerika Syarikat Bekalan Air Negeri Sembilan.




FUN.

Yaaah. Tu lah nama kumpulan tu. Apalah yang fun sangat yang seronok sangat tu kan? Aku pun tak tahu apa yang fun nya. Kalau kau nak tahu jugak, kau punya pasal lah. Cari lah sendiri. Jangan nak beratkan bontot tu sangat. Pemalas betul. Jangan sampai aku kena heret bontot kau pakai bulldozer. FUN. ni ialah sebenarnya kumpulan indie band macam kat Malaysia ni ada Bunckface, The Hollows. Berasal dari New York City, USA. Kumpulan FUN. ni diberanakkan oleh Nate Ruess tahun bila entah. Tak amik tahu pun orang nak beranakkan kumpulan ni bila. Orang nak beranak orang baru aku amik tahu. FUN. ni ada tiga orang manusia *dah ada orang, manusia pulak tu*.



Nate Ruess

    
Yang pakai baju merah berjaket jeans pegang botol apa entah kat atas ni ialah NATE RUESS . Vocalist band ni. Takde lah handsome mana pun. Tapi suara dia perghhh. Awesome tahap orang sakit mental Tanjung Rambuatan sampai laki sebelah mak angkat aku punya jiran lama dia pun rasa nak menangis dengar. Meleleh tahi telinga dengar. Kalau korang tengok mulut dia masa dia tengah terpekik tu, elastic macam gelang getah warna oren dah aku tengok. Tak caya tengok sendiri. Takkan nak aku buatkan pulak. Kang tak bangun sampai Krimas tahun depan pulak. Disebabkan mamat omputih ni lah aku minat gila band ni. 



Jack Antonoff


Orang kat atas ni yang bebajet handsome konon konon buat bibir macam tu ingat seksi lah ni nama dia JACK ANTONOFF . Mamat ni sumpah benci tengok rambut dia. Dah macam rambut ayam kalah judi poker je. Aku rasa dia guitarist or bass kot. Sebab tak pernah pulak aku nampak dia main caklempong ke recorder ke apa kan. Tambahan pula, beliau ialah penyanyi utama dalam sebuah kumpulan bernama Steel Train . Haaa kau. Ni lah hasil pembelajaran aku dengan chegu BM aku tu. Dia ni adik fashion designer, Rachel Antonoff. Kesah pulak kau kan dia ni adik designer ke apa ke. Bukannya kenal pun tujuh keturunan Antonoff ni. 



Andrew Dost


Andrew Dost atau nama penuhnya Andrew Paul Dost. Dia ni katanya talented. KATANYAAA. Ala ala Double A. Dia boleh main macam macam instrument muzik. Multi-instrumentalist. Apa jadahnya tu? Nama macam saintifik je lebih. Alaaa orang lain pun boleh. Walaupun aku ni tahu main keyboard je *perasan*. Dia pandai main keyboard macam aku jugak lah kan, main drum, gitar, trumpet dan yang paling istimewa iaitu kompang. Okay lawak hambar. Dia ni pun vokalist jugak. tapi bukan yang utamalah. Andrew ni umur dia 27 tahun. Hebat tak aku tahu umur dia berapa. Kitaorang ni adik beradik angkat. Sweeeeet you know. Unlucky, dia dah berkahwin. Takde lah malang mana pun. Dia takde lah kacak lagi bergaya sangat. Setakat muka kena simbah bedak baby johnson satu botol je.



Band ni start popular meletup letup macam kat music video Firework tu since lagu We Are Young . Bagi aku best lah jugak. Terpekik terlolong jugak lah aku nyanyi lagu tu. Tapi sekarang aku malas dan taknak dengar lagu tu lagi atas sebab tertentu. Cewahh. Bulan June haritu, dorang released lagu baru. Some Nights . Lagu ni........................ memang jiwa aku. Aku rasalah. Aku boleh jadi gila bila dengar lagu ni. Lagu ni antara lagu yang aku hafal lirik dia. Lagu omputih semua ni manalah aku nak hafal sangat lirik dia. Main hentam kromo je. Sampai jadi bahasa alien planet Pluto. Aku siap jadikan Some Nights ni alarm nak kejutkan aku daripada terus membuta. Bangun je terus nyanyi lagu ni. Tak pun sambung tidur sambil mengigau nyanyi fefeeling habis punya kan. See, betapa minat suka chenta gilanya aku kat lagu omputih ni. yang belum dengar lagu tu, anda disarankan untuk mendengarnya. Sekiranya anda tidak mendengarnya dalam masa 10 minit, hidup anda akan dilanda musibah. Sebarkan. Ala ala broadcast gituu. 
















" At first I look at Nate’s gorge wink,
then Andrew’s goofiness,
then Jack’s (possible) “fuck you man.”
So perf. "




Nak letak video Some Nights sebenarnya. Tapi heavy sangat pulak. Nanti ada budak tu tak dapat bukak. Sila terasa.




Back In Time | Forward
MakeYouSmile


Siti Maisara Haris. 96's. KLIAian. SPM'13.

Facebook Twitter

Navigations

DiaryOfLife AboutMe Stuffs Link

TrafficLight


ask.fm

CreditSection

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : AskarPink
Full Edited : Maisara Haris

Best View at GOOGLE CHROME!