
GEMBIRA BERTUKAR TRAGEDISunday, 23 December 2012 @ 07:27 | 0 Comment [s]
Disebabkan sejak start cuti sekolah berapa hari bulan entah haritu, family aku memang tak pergi bercuti mana-mana langsung, so kitaorang sampai macam nak gila fikir tempat mana nak pergi last last minute ni. Mana taknya. Cuti 2 bulan dah bagi tapi tak pergi mana mana. Dahlah lagi seminggu nak start sekolah. Aku pulak baru nak terkinja kinja macam monyet bawak anak panjat tiang elektrik. Takpe lah. At least dapat jugak.
Kakak ipar aku atau nama gojessnya si penjual cheese ajak pergi Gold Cost, Australia. Haaa. Percaya jelah kau. Morib jeeeeee. Tapi yg bestnya aku ingat Goldcoast ni sama dengan Golden Palm Tree kat Bagan Lalang sana. Yang aku ni terlebih bijak, dah nama pun Bagan Lalang memang lah bukan Morib ye dok? Tapi Bagan Lalang dengan Morib tu bukannya jauh beza pun nak sebut. Guna mulut jugak. Goldcoast tu bukannya pergi resort dia. Just pergi water theme park je. Alahai. Memang tak lah aku nak pergi dok menyelam dalam kolam tu kan. Malas tahap dewa cinta pujangga kayangan. Taknak aku bergelumang dalam tempat yang kononnya mandi je padahal situ lah tempat membuang hajat daripada kecik sampai lah besar. Gelimatttt gelimamamattt gelimattt~~
Before the journey started
Aku dengan madam besar dalam rumah aku tu tengah sibuk tepek muka dengan bedak busy kemain, adik aku yang gigi emas tu dia sibuk dengan Facebook. Rasa nak terajang je dia tu. Baju pun orang lain yang kena cari. Layak sembelih kerat 14 pastu masak sweet sour. Tiba tiba adikku berkata dengan suara serak serak basah *rock gitu*:
Weh! Angah accident lah.
Haa! Yeke? Kat mana?
Yelah. Takkan aku tipu. Entah. Ni dia post kat Facebook. Dia cakap "Ingatkan nak pergi Genting Highlands, last last accident."
*pergi kat laptop nak tengok gambar* Ohh. Takde lah teruk sangat.
Aku ingatkan teruk. Tapi dah nama pun accident, terkejut beruk tu mesti ada. Dalam hati aku, "Pergi Genting taknak bawak aku lagi. Kan dah accident." Masa tu mak takde kat situ lagi. Kalau ada, kecoh macam apa pulak kang. Lepas aku dah siap, aku pun pergi lah bagitau mak aku. Tak baik simpan rahsia dengan mak. Puihhh. Mak aku terkejut lah jugak. Terus mak aku call mangsa accident tu. Tapi dia okay je. Dia kata tengah buat report kat balai bomba. Haaaa. Percayalah kagi kau. Balai polis dah lah. Dan part yang paling best tu, dia tak jadi pergi Genting. hahahehehuhuhohohikhikhik. Gelak aku dah menunjukkan bukti yang kukuh yang aku ni jealous sebenarnya.
On my way to the destination
Melihat keindahan alam ciptaan Allah walaupun masa tu takde view yang cantik tertarik menarik kau daboom. Ada parit tepi jalan jadilah aku tengok buat buat bajet macam dalam music video. Tetiba radio pasang lagu peberet I Cry yang didendangkan oleh Encik Flo a/l Rida. Dandan tu kuat volume. Tengah duk sibuk fefeling lagu tu, tetibe ada kereta Iswara warna kelabu boleh nak terlanggar kereta abang aku yang kat depan kereta aku masa tu. Ni part climax, kereta tu bukan nak elak. Lagi dia terus. Aku rasa lagi setengah inci je tu nak langgar kereta aku. Tapi Allah dah selamatkan family aku. Mak aku sempat brake and elak kereta Iswara buruk tu. Nasib baik tak terlanggar tiang lampu tempat mak aku elak tu.
Lepas dak brake tu, stop sekejap then aku terus tengok side mirror nak kereta belakang. Kereta buruk tu terus jalan straight je. Luckily, kereta belakang aku pun sempat brake. Kalau tak, aku pun tak tahu jadi apa. Masa nak terlanggar tu, aku takde ar terpekik terlolong ke. Tapi dah lepas tu, aku boleh ketawa and jantung aku baru nak dupdapdupdap macam lari merentas desa. Tapi yang bengongnya masa kereta tu nak langgar, aku boleh cakap dalam hati, "Eh eh! Kemek lah kereta ni kang." Sakai kan. Then, sambung balik perjalanan. Mak aku masa stop tu, terjerit jerit. Dah jalan balik tu, mula mula istighfar pastu boleh mencarut pulak. Nampak tak betapa terbaiknya mak aku ni. Aku pun cakaplah kat mak aku yang positive sikit. Cehh. Mungkin kereta tadi tu brake rosak agaknya. Dan aku terfikir, nasib baik pakai seat belt. Padahal berapa minit sebelum accident tu je baru aku pakai benda alah tu. ALHAMDULILLAH. Allah dah gerakkan hati aku untuk pakai benda tu. Kalau tak, memang dah melekat kat cermin. Dah lah duduk seat depan. Tapi, takde lah aku merasa macam mana accident tu setakat ni.
Is about to mandi
Tengok dia punya theme park dia, takde lah best mana pun. Ada lah gelongsor tak berapa nak tinggi dua tiga ketul. Tak jealous langsung aku tengok orang lain mandi. Tapi aku bengang gila, aku yang tak masuk dalam kolam tu pun boleh basah. Orang main curah curak air pulak. Sekali aku jirus air panas macam cerita Ali Baba tu kang baru tahu. Kerja aku cuma melantak Twities dengan Chipters je.
Tak best kan?
Anak buahku, abangku, kakak iparku.
Comelkan budak ni? Ciptaan Allah. EHH
Abang Apiz dan Kak Siti
Dhia Marissa bt Mohd Faizal
Menyusu tepi kolam pun boleh.
FOOD, Here I come!
konon lapar lah lepas mandi. So, pergi lah cari ikan bakar yang dekat dekat. tapi takde pulak. Ingat nak pergi makan ikan bakar kat Umbai, Melaka. Jauh sangat katanya. Alasan lebih. Last last dekat Dataran Morib je. Sampai sana cari tempat duduk yang bawah payung. Nak elak hujan lah konon. Tengah sedap sedap makan walaupun tak sedap langsung sebenarnya, tetiba hujan. Hujan renyai renyai je. Nasib dah habis makan. Tengah dok sibuk bayar kat kaunter, haaaa. Amik kau! Hujan yang turun bagaikan mutiara. Satu mutiara pun aku tak nampak. Dah macam ada raksasa curah air dalam baldi kat kitaorang je. Even bawah payung, hujan still kena jugak kat makanan. Tempias. Makin lama makin lebat. Bukannya nak lari masuk kereta. Parking jauh sangat dari kedai makannya. Semua orang dok lari masuk dalam dapur kedai. Masing masing lari terkedek kedek bawak makanan dengan air dorang tu. Aku punya baju basah kuyup gila. Melekat lekat kat badan. Menggigil ketak gigi semua naa. Macam duduk kat Kutub Utara dah. Ada pulak payung payung terbang tempat lain.
Let it burn, babeh!
Jakun sebenarnya.
Dah sampai rumah pun tak reti nak tanggal benda alah ni. Padahal tak mandi pun.
Takpe lah. Actually, ni semua dugaan. Allah nak try kita ni boleh tak hadapi benda benda ni semua. And dapat jugak experience baru macam accident tu. Kalau tak, tak pernah merasa macam mananya jantung ni nak tercabut bila nak accident tu.
Pakailah tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan atau nyawa anda dalam bahaya.
|
MakeYouSmile![]() Siti Maisara Haris. 96's. KLIAian. SPM'13. Navigations
DiaryOfLife
AboutMe
Stuffs
Link
TrafficLight
ask.fm CreditSection
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : AskarPink Full Edited : Maisara Haris
|